BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 25, 2010

doa & harapan ku

Ya Allah,
Kau ampunkanlah dosa kedua orang tuaku,
Kau panjangkanlah umur kedua orang tuaku,
Kau kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku semasa aku masih kecil lagi,
Kau berikanlah mereka kesihatan yang berpanjangan,
Kau permudahkanlah urusan seharian mereka,
Kau berikanlah mereka iman dan hidayahMu agar mereka tergolong dalam golongan hambaMu yang soleh & solehah.

Ya Allah,
Kau ampunkan dosa guru-guruku,
Kau redhakanlah ilmu yang mereka berikan kepadaku.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau ampunkanlah dosaku,
Kau berikanlah aku iman dan hidayahMU,
Kau lapangkanlah dada dan akal fikirankanku agar mudah menirama ilmuMu,
Kau kuatkanlah ingatanku,
Kau berikanlah aku ilham para malaikat yang terhampir denganMu,
Kau kurniakanlah aku fahaman para nabi dan hafalan para Rasul,
Kau berikanlah aku kejayaan yang besar dalam hidupku tanpa aku melupakanMu.

Ya Allah,
Kau berikanlah aku kekuatan dalam menempuh hidup remaja ini,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang kurus & jalan yang Kau redhai,
Kau tempatkanlah aku dalam golongan hambaMu yang tahu mensyukuri nikmatMu.

Ya Allah,
Berikanlah aku jodoh yang terbaik buatku,
Jodoh yang mampu mendidikku ke jalan yang benar,
Jodoh yang baik untuk dunia dan akhiratku.
Jika dia benar untukku, Kau dekatkanlah kami Ya Allah,
jika dia bukan untukku, Kau redhakanlah hati kami dengan ketentuanMu.

Ya Allah,
ampunkanlah dosa keluargaku,
kau kurniakanlah kami kesihatan yang berpanjangan, iman yang teguh, serta Kau permudahkanlah urusan kami ya Allah..

Ameen...

0 comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...